Assalamualaikum wbt

YaAllah, lebih kurang 4 bulan tidak menulis. Penyakit malas semakin menjadi-jadi. Penyakit yang sukar dibendung kalau terus diikutkan sangat. Alamatnya, bersawang terus blog ku ini. huhuhu

Sekarang semua orang bercakap pasal Adam. Dimana-mana sahaja mengenai Adam. Hinggakan ada yang 3 hingga 4 pagi baru hendak tidur dek terkenangkan Si Adam. Tidak kira lelaki, perempuan, mak abah,nenek atuk semua bercakap pasal Adam. Itu lah cerita Adam dan Hawa; yang sedang hangat diperkatakan  termasuk kami sekeluarga di bumi Taipei ini. 

Hmm, tetapi apa yang aku hendak perkatakan sekarang adalah mengenai Adam yang lagi satu. Insan kerdil yang baru beberapa bulan lahir ke bumi Allah swt ini. Sedih dan meruntun hati. Sebagai seorang manusia, seorang ibu, mana kan tidak tersentuh hati. Bayi yang usianya lebih kurang dengan anakku serta keluarganya telah diduga oleh Allah swt. Adam atau nama penuhnya Ahmad Adam Syukri mengalami kerosakan saraf otak yang serius. Akibat dari kekurangan oksigen dan flat semasa beliau dilahirkan secara vacuum. Beliau mengalami kesukaran untuk menelan air liur dan terpaksa menggunakan alat bantuan oksigen untuk terus hidup. Mata kanannya mengalami kecederaan yang serius; begitu juga dengan telinga kanannya yang tidak dapat mendengar langsung. Doktor juga telah mengesahkan beliau akan terus terlantar seumur hidup dan tidak dapat berjalan seperti kanak-kanak normal yang lain. Sedih.

Apa yang mampu kita lakukan sekarang adalah terus berdoa supaya kesihatannya Ahmad Adam Syukri seperti kanak-kanak normal yang lain. Begitu juga ibu dan bapa Adam. Jangan patah semangat. Orang yang terpilih sahaja yang akan diduga sedemikian rupa. Semoga mereka sentiasa tabah dalam menghadapi dugaan ini. Harapan, semoga ada sinar untuk adik Adam. Amin Yarabbal Alamin. 

Untuk perkembangan Adam, boleh like di page ini. Ahmad ADAM SYUKRI SN.


Sumbangan ikhlas juga boleh disalurkan pada keluarga adik Ahmad Adam Syukri di:

Noraisah Mohamad Malena

02040007292201 (CIMB)
161136331818 (MAYBANK)

Kalau hari-hari kita boleh makan sedap, makan yang mahal-mahal, apa salahnya ikhlas memberi sumbangan untuk anak kecil ini. Hari ini, hari dia; mana tahu esok-esok hari kita pula.

Sekian.










4 Responses
  1. nasya naim Says:

    :: sedih sangat..hope ada keajaiban..insyallah...::


  2. jari jemari Says:

    maaf sebab lama saya tak post. saya dah follow. hope kita dapat bertukar story okay. :)


  3. jari jemari Says:

    kisah Adam ini pernah disiarkan dalam tv3 baru-baru ini. memang sedih dan insaf sekali begitulah ketabahan seorang ibu dalam mengharungi detik-detik kehidupan anaknya.


  4. jari jemari Says:

    eh silap! dalam Primadona dalam mustika hd. sorry hehehe.