Assalamualaikum wbt.


Tiada yang lebih mengembirakan kami suami isteri dari mempunyai anak. Harta paling bernilai iaitu anak. Orang kata anak punca rezeki. Sikit atau pun banyak, ia tetap rezeki.

Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, anak yang lahir pada 4 Disember 2011 telah genap setahun usianya pada 4 Disember 2012 yang lalu. Nur Salsabila bt Abdul Rahman empunya diri. Maaf sekiranya entri ini lewat dari harijadi Cik Salsabila. Al maklum lah sekarang dia tengah diserang batuk. Mujur tidak selesema atau pun demam. Pertukaran musim yang menyebabkan keadaan kesihatannya kurang memuaskan.

Syukur sekali lagi apabila genap setahun juga penyusuan susu ibu untuk Salsabila. Berjaya dapat degree lah kan. Tunggu satu tahun sahaja lagi, InsyaAllah lengkaplah penyusuannya selama 2 tahun. Boleh dapat master dah =). Memang lah penyusuannya tidak ekslusif, ekslusif tu bermakna sepanjang tempoh 2 tahun, dia hanya minum susu ibu. Tidak bercampur dengan makanan 'solid food' yang lain Namun, setakat ini Salsabila masih belum minum susu formula. Kira berjaya juga lah.=)

Minggu lepas, kitorang raikan ulangtahun Salsabila secara simple. Ajak kawan-kawan 3-4 orang, untuk memeriahkan suasana. Bertempat di Cold Stone, Taipei 101, Taipei.  

Kami cuma membeli 'ice cream cake' untuk Salsabila.
Tukang makan, mummy dan daddy.
Bersama geng Taipei

Sudah satu tahun lahir ke bumi Allah swt. 
Harapan ku, semoga Salsabila menjadi anak yang solehah, bijak, berbakti kepada mummy dan daddy, agama, bangsa dan negara. Moga sentiasa sihat dan aktif seperti selalu. 

Syukur ku Ya Allah,
Dikesempatan ini,
ku masih boleh bernafas,
menghirup oksigen Mu.

Syukur ku Ya Allah,

Dikeheningan subuh ini,
Ku masih boleh berdiri,
dan sujud kepada Mu,

Syukur ku Ya Allah,

Ku masih boleh melihat,
wajah insan-insan tersayang,
yang pasti sangat bermakna dalam hidupku.

Syukur ku Ya Allah,

Ku masih boleh menikmati dan menghayati,
segala kebesaran Mu Ya Rabbi

Syukur ku Ya Allah,

ku masih dapat,
merasai segala rezeki yang Engkau berikan

tapi

Ya Allah--

Sedih hati ini Ya Allah,

Bagaimana nasib mereka di sana,
yang tidak senasib seperti aku
dan saudara Islam seperti ku

Sedih hati ini Ya Allah,

mereka kehilangan suami.
mereka kehilangan isteri.
mereka kehilangan anak dan saudara

Sedih hati ini Ya Allah,

mereka tidak dapat tidur lena.
mereka tidak dapat menikmati. 
apa yang aku dapat nikmati seperti sekarang ini

Sedih hati ini Ya Allah,

mereka di penjara dibumi sendiri,
tiada kebebasan,
tiada gelak tawa,
hanya tangisan dan air mata
serta darah yang mengalir di mana-mana jua.

doaku semoga--



Engkau selamatkan mereka yang tidak berdosa,
Engkau lindungilah mereka dari seksaan rejim yang kejam lagi zalim,

Kerana ku tahu Ya Allah,

Hanya kepadaMu kami berserah
dan meminta pertolongan


semoga mereka sentiasa tabah dan terus tabah,
menghadapi dugaan dari Mu Ya Allah,
kerana kami tahu Ya Allah,
Engkau menduga kepada yang Engkau kehendaki.

~pray for Gaza~

.















Assalamualaikum wbt

YaAllah, lebih kurang 4 bulan tidak menulis. Penyakit malas semakin menjadi-jadi. Penyakit yang sukar dibendung kalau terus diikutkan sangat. Alamatnya, bersawang terus blog ku ini. huhuhu

Sekarang semua orang bercakap pasal Adam. Dimana-mana sahaja mengenai Adam. Hinggakan ada yang 3 hingga 4 pagi baru hendak tidur dek terkenangkan Si Adam. Tidak kira lelaki, perempuan, mak abah,nenek atuk semua bercakap pasal Adam. Itu lah cerita Adam dan Hawa; yang sedang hangat diperkatakan  termasuk kami sekeluarga di bumi Taipei ini. 

Hmm, tetapi apa yang aku hendak perkatakan sekarang adalah mengenai Adam yang lagi satu. Insan kerdil yang baru beberapa bulan lahir ke bumi Allah swt ini. Sedih dan meruntun hati. Sebagai seorang manusia, seorang ibu, mana kan tidak tersentuh hati. Bayi yang usianya lebih kurang dengan anakku serta keluarganya telah diduga oleh Allah swt. Adam atau nama penuhnya Ahmad Adam Syukri mengalami kerosakan saraf otak yang serius. Akibat dari kekurangan oksigen dan flat semasa beliau dilahirkan secara vacuum. Beliau mengalami kesukaran untuk menelan air liur dan terpaksa menggunakan alat bantuan oksigen untuk terus hidup. Mata kanannya mengalami kecederaan yang serius; begitu juga dengan telinga kanannya yang tidak dapat mendengar langsung. Doktor juga telah mengesahkan beliau akan terus terlantar seumur hidup dan tidak dapat berjalan seperti kanak-kanak normal yang lain. Sedih.

Apa yang mampu kita lakukan sekarang adalah terus berdoa supaya kesihatannya Ahmad Adam Syukri seperti kanak-kanak normal yang lain. Begitu juga ibu dan bapa Adam. Jangan patah semangat. Orang yang terpilih sahaja yang akan diduga sedemikian rupa. Semoga mereka sentiasa tabah dalam menghadapi dugaan ini. Harapan, semoga ada sinar untuk adik Adam. Amin Yarabbal Alamin. 

Untuk perkembangan Adam, boleh like di page ini. Ahmad ADAM SYUKRI SN.


Sumbangan ikhlas juga boleh disalurkan pada keluarga adik Ahmad Adam Syukri di:

Noraisah Mohamad Malena

02040007292201 (CIMB)
161136331818 (MAYBANK)

Kalau hari-hari kita boleh makan sedap, makan yang mahal-mahal, apa salahnya ikhlas memberi sumbangan untuk anak kecil ini. Hari ini, hari dia; mana tahu esok-esok hari kita pula.

Sekian.










Assamualaikum wbt.

Lama tidak menjengah ke sini. Pagi ni ramai yang belum tidur lagi rasanya. Semua sibuk membicarakan mengenai bola. Pasukan Spain dan Portugal. Mana satu menjadi pilihan. Semua menjadi ahli nujum. Masing-masing memberikan andaian  pasukan mana yang akan menang. Rata-rata memilih Spain. Tidak kurang juga yang menyokong Portugal. 

Melalui sejarah pemain serta rentak permainan yang membuatkan mereka menyokong pasukan pilihan masing-masing. Bola itu bulat. Mana-mana pasukan boleh menang sekiranya tersalah langkah atau leka untuk seketika. 

Sepanjang Euro 2012, saya cuma melihat updated dari status facebook rakan-rakan sahaja. Saya langsung tidak mengikutinya secara live. Daddy pun sama. hehehe. Kerja yang banyak membuatkan dia kurang berminat untuk menahan mata sehingga ke pagi menonton perlawanan bola. 

Selamat menonton. Esok saya akan update blog  sekali lagi.    

Mesti ada yang rindu kepada kami hehehehe. :D

Assalamualaikum wbt.

Nostalgia..
kenangan manis...
ah..siapa yang tiada kenangan manis untuk dikenang..terutamanya kenangan sewaktu kecil. Zaman yang tidak perlu memikirkan apa-apa melainkan belajar dan bermain..

Kenangan manis itu bermula sejak zaman tadika lagi. Bukan bermakna sebelumnya tidak ada tetapi ketika zaman tadika lah,baru memori itu tercipta. Bermula di tadika, kita dapat mengenal a b c, 1 2 3, alif ba ta dan sebagainya. Apa yang paling saya ingat  sewaktu makan dan bermain. Belajar tidak ingat ke?hehe. Makanan yang selalu disediakan adalah bihun dan nasi lemak. Waktu bermain pula dihabiskan dengan bermain di taman permainan yang disediakan. Pernah dua kali tersungkur dan sebelah tangan terseliuh disebabkan oleh tergopoh gapah untuk keluar bermain. Dekat 2 minggu tidak ke sekolah. Diurut oleh seorang nenek yang lebih dikenali sebagai Wan Dee. Punyalah menangis tak henti-henti diatas kesilapan sendiri.

Apabila masuk tahun satu, seingat saya, masa tu saya sudah berpindah ke Terengganu. Rasanya ketika itu zaman pekedai runcit menjual permainan tikam hadiah. Pernah sekali berjaya menikam dan hadiahnya adalah rantai emas. Punyalah gembira. Biar pun rantai emas tiruan. Agaknya besi dicelup warna emas.  Hehehe. Naik basikal mesti nak pakai rantai tu. Hasil dari tikaman yang berjaya. Kalau diingat kembali, permainan tikam hadiah adalah haram seperti berjudi. Kanak-kanak, belum mengerti makna halal dan haram. Kalau tahu pun, masih nak mencuba. Jiwa muda lah katakan.

Pernah juga saya bermain basikal sehingga terjatuh ke dalam gaung.  Walaupun gaung itu tidaklah dalam mana, tetapi hendak dibandingkan dengan saiz badan kanak- kanak yang kecil, memang agak dalam. Angin bertiup kencang manakala langit juga mulai mendung. Hujan renyai-renyai membasahi bumi. Mak memanggil untuk pulang ke rumah. Tetapi disebabkan oleh kenakalan saya, akhirnya gaung menjadi tempat persinggahan saya. Sekali lagi mak dan abah menghantar saya berurut dengan seorang tukang urut. Tangan yang terseliuh menjadi semakin sakit akibat dari urutan nenek tersebut. Sakit untuk baik katanya. Mulalah menangis meraung-raung menahan kesakitan. Serik dibuatnya.  


Kenangan yang juga tidak dapat dilupakan adalah sewaktu darjah 4. Waktu itu trend atau musim kanak-kanak bermain lompat getah, lompat galah, ting ting dan sebagainya. Permainan lompat getah adalah yang paling seronok. Bermain dengan kakak dan adik serta jiran di sekitar rumah. Seingat saya, ada dua orang kembar iaitu Nina dan Nini yang paling hebat dalam bermain lompat getah ni. Walaupun si kembar ni berbadan kecil tetapi mereka sangat lincah dan berjaya mengalahkan saingan yang lain. Alahai,rindunya pada mereka berdua. Bila lah agaknya dapat bertemu kembali. Masing-masing sudah mempunyai kerjaya tersendiri. 


Siapa yang tidak pernah masuk hutan? Siapa yang tidak pernah goreng telur di tepi kolam buatan? Siapa yang tidak pernah bermain air banjir? Siapa yang tidak pernah mandi air hujan sambil guling-guling di atas padang rumput? Semua itu menjadi memori dalam hidup saya kerana saya pernah lakukan semua itu. Memang geli hati dibuatnya. Masuk hutan mencari kayu bonsai katanya.  Menggunakan gergaji kecil. Memang tidak munasabah dan akhirnya kayu itu tidak berjaya di pisahkan dari pokok yang menjadi mangsa pemotongan kami. Goreng telur di tepi kolam buatan menggunakan kuali yang diimport dari rumah. Hahaha. Ini terikut-ikut dek pakaian seragam di sekolah iaitu pandu puteri lah ni. Mandi air hujan sewaktu guruh dan sekali sekala petir menyambarkan cahayanya. Agak-agak hampir pukul 4.30 petang, waktu pejabat sudah berakhir, saya dan kakak lari lintang pukang pulang ke rumah. Kalau tidak, memang siap la. Kena rotan dek abah. hehehe.


Kalau balik kampung pula, aktiviti yang boleh dilakukan adalah mandi sungai. Sambil menyelam, minum air. Sambil mandi, sambil mencari siput sedut, menanggak udang dan jikalau ke seberang sungai, boleh mencari pucuk paku. Pacat dan lintah menjadi teman setia. Kenyang menghisap betis kami. Malangnya sungai tersebut sudah tidak secantik dahulu. Permukaan tanah dan tebingnya yang sudah terhakis tidak sesuai untuk mandi lagi. Kepada yang berani, silakan. Tanggunglah sendiri akibatnya.


Perkara yang paling seronok ketika di pulang ke kampung adalah dapat tidur dengan arwah uwan iaitu ibu kepada mak saya. Bau arwah uwan yang memakai bedak zaitun dibadannya sungguh harum. Sedap memeluknya. Setiap kali hendak tidur, arwah mesti berselawat dan membaca surah-surah lazim sehinggalah dia tertidur. Rindunya saya yang tidak terhingga kepada arwah uwan saya yang sangat baik hati dan manis senyumannya. Saya masih ingat lagi saat-saat akhir arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Mak Ngah menghubungi abah dan mengatakan arwah uwan hendak ke tandas tetapi tidak mampu untuk bangun. Sejurus kami sampai ke rumah arwah uwan, abah mengangkat uwan ke tandas. Selepas itu, arwah sudah tidak sedarkan diri. Abah dan mak terus membawa arwah ke hospital. Sejam kemudian, mak menghubungi kami di rumah mengatakan arwah uwan sudah tiada. Sebak rasanya. Menangis dibuatnya. Uwan yang tersayang pergi menghadap Ilahi. Tiada lagi teman tidur apabila pulang ke kampung. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang yang beriman.  






Sampai di sini sahaja coretan untuk kali ini.     


Assalamualaikum w.b.t

Ketika saya sedang laju menaip ni, Salsabila sedang berbaring di atas riba saya. Dia memang tidak boleh berpisah dengan saya, bagaikan belangkas. Daddy selalu cakap, anak kurniaan Allah swt susah nak dapat. Kena hargai sebaik-baiknya. =).

Kali ini, entry berkenaan pengalaman saya semasa mengandung. Buat pengetahuan pembaca, saya sudah keguguran 2 kali sebelum mendapatkan permata hati kami, Nur Salsabila. Kali pertama selepas berkahwin, disahkan mengandung, memang sangat-sangaaaat teruja. Al maklumlah, belum pernah rasa apa itu nikmat mengandung dan terbayang-bayang bakal menimang cahaya mata. Bakal menjadi mummy kepada anak yang dikandung. Masa itu saya tidak kisah samaada anak adalah lelaki atau pun perempuan. Rasanya semasa disahkan mengandung, bayi yang saya kandung sempat membesar sehingga kurang dari 3 bulan. 

Saya mendapatkan rawatan susulan dari Kelana Jaya Medical Center (KJMC) iaitu dari OG Dr Fatima Najla. Doktor mengesahkan kandungan saya tidak membesar. Maksudnya  kandungan yang sepatutnya berusia 13 minggu masih berusia 9 minggu. Simptom-simptom yang ada pada orang yang hamil tidak ada pada saya contohnya seperti muntah-muntah/mabuk, pening, dan sebagainya. Cek punya cek denyutan jantung janin tiada dan akhirnya saya mengalami keguguran. Begitu juga untuk kali yang kedua, keadaan yang sama juga berlaku kepada saya. Apa kan daya, kami berdua redha. Rezeki Allah swt yang tentukan. Kami menjalani kehidupan seperti biasa.

Sampailah satu ketika, Februari 2011, masa itu sibuk menyiapkan 'kerja sekolah'. Al maklumlah,masih belajar. Saya berasa letih yang teramat sangat. Nak buat kerja pun malas. Period yang selalunya sudah datang, tak datang datang lagi. Tapi apakan daya, semua kerja nak kena submit dalam beberapa hari lagi. Pada malam itu, seingat saya, kami berdua hendak makan di Chicken Grill di Laman Grill di Shah Alam kalau tidak silap untuk meraikan hari ulangtahun perkahwinan ibu dan ayah mentua saya. Biasanya saya paling suka atau eksited kalau makan menu sebegitu. Malangnya tidak untuk malam itu. Makan pun tidak habis. Daging yang enak saya rasakan biasa sahaja. Sebenarnya saya lebih suka makan Beef Stick di Food Court di Bangsar berbanding di Laman Grill di Shah Alam. Walaupun interior design kedai tu nampak hebat, tetapi tidak se'class' di Bangsar. Itu pendapat peribadi saya lah.hehehe


Keesokkan harinya, saya membeli alat 'test pregnancy' di Guardian. Malangnya, ujian adalah negatif. Saya tidaklah kecewa cuma mahukan kepastian. Dalam fikiran mungkin tekanan ketika belajar. Itu sebab, sepatutnya 'ia' datang pada waktu yang sepatutnya tetapi tidak pula. saya lakukan aktiviti sebagai seorang pelajar seperti biasa. Hari demi hari keadaan semakin teruk. Malas, pening, mual semua ada dalam masa yang sama. Sebulan selepas itu saya membuat ujian air kencing lagi. SAH! memang SAH! POSITIF! Walaupun ianya dalam keadaan samar. Hendak tak hendak aje keputusan pada alat ujian itu menyatakan positif. 2 minggu kemudiannya, saya dan suami ke KJMC mengesahkan samada keputusan itu benar atau sebaliknya. Akhirnya doktor membuat imbasan atau scanning' saya disahkan mengandung..lMacam tidak percaya. Syukur Alhamdulillah. Cuma doktor menyarankan supaya saya datang ke kliniknya untuk membuat pemeriksaan susulan disebabkan sejarah dua kali keguguran yang saya alami.


3 bulan pertama memang sangat teruk. Pening, muntah yang terlalu kerap sehinggakan badan lesu tidak bermaya. huhhuhu. Tuhan saje yang tahu. Badan memang tak boleh nak buat ape dah. Asyik baring jer di dalam bilik dan kadang-kadang terasa bosan, beralih ke sofa untuk merehatkan diri. Makan memang tiada selera dengan tekak. Asyik nak muntah saje. Setakat usia kandungan 3 bulan, apa yang mampu adalah makan Mc Donalds. tsk tsk tsk...Setiap hari mcdonalds delivery mesti datang menghantar Mc Donalds. Itu pun saya cuma makan separuh sahaja burger dan selebihnya dihabiskan oleh encik hubby.kikiki. Mujurlah ketika itu sudah masuk cuti semester. Kalau tidak, memang teruklah..(ape pun tak boleh) :P Bau masakan dari jiran sebelah rumah pun memang tak boleh. Bau shower foam tak boleh, nak gosok gigi pon tak boleh. Bukan morning sickness, the wholeday sickness.. T_T Kerja-kerja membersih rumah, membasuh pakaian saya serahkan kepada suami. hehehe. 


Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Morning sickness sudah berkurangan. Aktiviti semasa mengandung adalah travelling. Saya ke Vietnam sebanyak 2 kali dan Melbourne semasa mengandung. huhuhu. Risau juga takut ada apa-apa tetapi Alhamdulillah, semuanya baik-baik saje. Sebelum terbang ke Vietnam dan Melbourne, saya membuat check up terlebih dahulu. Doktor menyarankan sekiranya kandungan sudah 7 bulan dan keatas, seeloknya tidak menaiki kapal terbang. Bimbang takut-takut terjadi perkara yang tidak diingini.  


Usia kandungan 5 bulan. Perut tak nampak langsung..(Melbourne, Australia)


Sehinggalah usia kandungan 8 bulan, morning sickness kembali lagi. Ingatkan dah habis. Baby dalam kandungan semakin hari semakin aktif. Tak tidur malam dibuatnya. Di saat akhir pula, saya makan sangat berselera. Doktor sarankan supaya kurangkan makan. Banyakkan aktiviti berjalan-jalan supaya mudah untuk bersalin. Tempat yang menjadi tumpuan untuk bersenam adalah di shopping mall. Mana lagi kalau bukan di Sunway pyramid, The Curve, Ou dan Subang Parade. Itu je yang paling seronok. Bersenam dengan hanya berjalan kaki. 


Semakin dekat untuk bersalin, semakin tidak larat. Bersenam pun semakin malas. Makan semakin banyak. Sehinggalah detik- detik hendak bersalin, saya masih lagi menghadiri kenduri akikah sepupu suami di Sg Besar. 


Malam sebelum ke hospital, seluruh badan rasa sakit-sakit. Tidur sekejap terjaga. Kaki tak payah cakap la, dah macam big foot dah. Muka semakin sembap. Pagi esoknya, saya bercadang dengan suami untuk ke Taman rekreasi Lembah Kiara untuk berjalan kaki. Malangnya, niat terpaksa dibatalkan kerana tanda-tanda untuk bersalin sudah ada. Saya bersiap-siap terus ke hospital. Sampai sahaja di hospital, Dr gynea, Dr Fatima Najla sudah ada di kliniknya. Dia membuat pemeriksaan dan mengatakan saya berkemungkinan lambat lagi bersalin. Dia menyuruh saya balik dahulu. 


sempat menikmati ice cream di New Zealand Natural ice cream, The Curve
 sebelum malamnya bersalinkan Nur Salsabila


Kemudian kami pun terus ke The Curve untuk berjalan-jalan dan saya sempat menikmati ice cream di sana. Saya berasakan lain macam pada diri saya. Rupa-rupanya, air ketuban sudah pecah. Kami terus bergegas ke kjmc dan saya dimasukkan dalam wad. Atas sebab-sebab tertentu, saya tidak dapat bersalin secara normal dan memerlukan bersalin secara Cser. Tepat jam 9.46 malam, saya selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.54kg. Alhamdulillah, atas pemeriksaan rapi dari Paed Dr Syed Nazir, bayi saya sihat dan tidak mengalami demam kuning. 


Nama saya Nur Salsabila bt Abdul Rahman :D




Begitulah pengalaman pertama menjadi seorang mummy. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Moga diberikan peluang sekali lagi untuk bersalin secara normal pula...InsyaAllah..


     


    





Assalamualaikum w.b.t



Sabtu lepas, takde ape yang kitorang buat. Just jalan-jalan area Taipei 101. haarr...dalam banyak-banyak tempat yang menarik, yang ni memang wajib story. Mana tidaknya. Mercu tanda Taiwan. Taipei 101. Mercu tanda Malaysia, KLCC. =).


Kalau dari kediaman kami, dari MRT Taipei Main Station, boleh terus ke stesen MRT Taipei City Hall melalui Bannan Line. Perjalanan mengambil masa dalam 20 minit sahaja.




Ini dia bangunan yang gah bagi orang Taiwan. =)
Taipei 101 
Taipei 101
siap dibina pada 31 Disember 2004

Nak cerita sikit pasal sejarah penubuhan Taipei 101 ni.


Pada tahun 2004-2009, Taipei 101 pernah menjadi bangunan pencakar langit yang tertinggi di dunia. Pada tahun 2010, Burj Khalifah, Dubai pulak mengambil alih sebagai bangunan pencakar langit yang tertinggi di dunia sehinggalah ke hari ini.

Taipei 101 terdiri daripada 101 tingkat di atas tanah dan 5 tingkat bawah tanah. Sebelum ini ianya dikenali sebagai Pusat Kewangan Dunia Taipei, yang terletak di Xinyi District, Taipei, Taiwan. Selain tu, bangunan ni direka bentuk untuk menahan ribut taufan dan gempa bumi.


Menara ini telah berkhidmat sebagai ikon moden Taiwan. Sejak pembukaannya,ia pernah menerima Anugerah Skyscraper Trade pada tahun 2004. Senibina ini dicipta sebagai simbol evolusi teknologi dan tradisi dari Asia. Pendekatannya lebih kepada post modernist iaitu gaya yang menggabungkan elemen reka bentuk tradisional dan diberikan suntikan senibina yang lebih moden.

Kami juga sempat mengabadikan kenangan berhampiran dengan bangunan pencakar langit ini iaitu sewaktu musim winter tempoh hari.

Di sekeliling bangunan Taipei 101 terdapat pusat membeli belah dan juga pusat komersial bagi bandar Taipei. 
  L O V E- Richard I'Anson Sculpture (kiri) dan figure's sculpture di luar Taipei 101.
Dance of Time oleh Salvador Dali (kiri) dan Giant Poster Taipei 101 

Display kiosk sempena penutup bagi musim sejuk pada tahun 2012.

Gambar yang di atas gambar event untuk Africa Fashion show dan Culture Exhibition. Gambar fashion show tak sempat nak snap. ramai sangat orang yang berkerumun kat pentas fesyen. 

Okey,jumpa di lain waktu dan ketika...


Assalamualaikum wbt


Chingu, annyeonghasayo..(kawan2..hello) 

orenmanida (lama tak jumpa) =D


Seminggu sudah tidak berblogging. Sebenarnya ada je kat rumah. Sibuk sangattt...Sibuk buat ape? Sibuk marathon cerita Kdorama/ drama korea iaitu FASHION KING! ar arrr...mesti dah ramai yang tengok kan? rasanya dah lama tak layan Kdorama dan Jdorama (drama jepang). 

Kali ni nak cerita sikit lah pasal Kdorama Fashion king ni. Cerita ni sesuai sangat untuk mereka yang berada dalam dunia fesyen, yang meminati fesyen dan yang paling penting, perlu meminati cerita korea. hehehe. 




Drama ni mengisahkan tentang seorang lelaki iaitu Kang Young-Gul yang  memulakan bisnes kecil-kecilan di Dongdaemun Market. Sebenarnya dia ni tiada matlamat hidup sehinggalah satu hari dia berjumpa dengan seorang perempuan yang datang ke kedainya untuk meminta kerja iaitu Lee Ga Young. Lee Ga Young ni anak yatim piatu ibu bapanya meninggal disebabkan kemalangan jalan raya. 


Yang bestnya Lee Ga Young ni, dia seorang yang bijak serta talented dalam fashion designing. Selepas si Lee Ga young dapat tajaan dari New York Fashion school, si Ga Young berhajat nak jadi talented designer di US, malangnya dia terpaksa balik semula ke Korea atas sebab-sebab tertentu.

Sementara tu, watak yang ketiga, Jung Jae Hyuk, anak seorang pemilik  syarikat fesyen dan pengedaran manakala ex girlfriendnya iaitu Choi An Na bekerja di bawah pereka terkenal antarabangsa, Michael J. 

Selebihnya, konflik dalam bisnes fesyen dan juga konflik percintaan tiga segi. Biasalah kan hehehee.








Dibintangi oleh Yoo Ah-in sbg Kang Young-gul, Shin Se-kyung  sbg  Lee Ga-young, Kwon Yuri  sbg  Choi An-na dan Lee Je-hoon  sbg  Jung Jae-hyuk.

Alrite! Pada yang belum tengok lagi drama ni dan nak tengok, boleh la tengok di  http://www.dramacrazy.net/ DramafeverEP DramaIonair TVMy Soju dan Viki. Cerita ni ada 20 episod. Setiap episod ambil masa sejam nak habis. Ini bermakna ada 20 jam nak habis. heheee..



ok, nak berehat dua tiga hari before layan kdorama yang lain.


Enjoy guysss!


Oorin anyoung heyadeh!



p/s- gambar semua dari mr google.








Assalamualaikum w.b.t



Siapa Kunming dan siapa Yunus?? 


Ianya merupakan dua buah restoran makanan halal yang terdapat di bandar Taipei. 

Kunming kalau di sini dikenali sebagai Kunming Islamic Restaurant. Restoran ini menyediakan makanan ala Indian Style. Kalau sesiapa datang ke sini, terasa hendak makan roti capati, nasi beriani, kari mamak dan sebagainya,boleh la berkunjung ke restoran Kunming. 

Ianya milik seorang muslim Cina dari Taipei iaitu Haji Yacoob Mah. Jangan risau. Restoran Islam di Taipei Alhamdulillah, setakat ini, dijamin bersih. Lokasi restoran berdekatan dengan stesen MRT Nanjing. 

Kunming Islamic Restaurant



Menariknya di atas meja di restoran ini, dihiasi dengan pelbagai duit dari negara-negara di seluruh dunia. Jikalau anda datang ke restoran ini, bolehlah tinggalkan kenangan dengan meletakkan 'Ringgit Malaysia' dari negara kita. =)
Wang kertas dari pelbagai negara termasuklah negara Malaysia ada di sini. Ini bermakna, terdapat ramai warganegara Malaysia yang pernah ke sini.




Bahagian dapur



Salsabila =) 
sedaaaapp =D
Nasi beriani, teh tarik  dan acar serta yogurt RM 25


yogurt stawberi


Kunming Islamic Restaurant. No 26, Lane 81, Fu hsing N Rd, Taipei, 105, Taiwan. Di buka jam 11.30 pagi hingga 2.00 petang/ 5.30 petang hingga 9.30 malam. Isnin - Ahad ( ahad tengahari tutup )
boleh layari website di http://kunming-islamic.myweb.hinet.net/

 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------





Restoran Halal Yunus merupakan restoran yang sangat disyorkan kepada sesiapa yang hendak berkunjung ke sini. Makanan yang dihidangkan adalah dengan sentuhan  ala Thai seperti tomyam, Ikan sweet sour, sayur dan pelbagai hidangan lagi. Haji Yunus, pemilik restoran tersebut, merupakan seorang yang sangat peramah dan mesra dengan pelanggan. Restoran ini terletak di jalan Ning Pei berhampiran dengan stadium Taipei. Biasanya kalau kami hendak ke sini, kami akan menaiki teksi sahaja dari rumah.

Potongan harga 15 peratus kepada warga muslim.


Pemilik restoran, Haji Yunus. (lelaki yang memakai tie )


Selepas shooting gambar Salsabila dengan Yu-Ting tempoh hari, kami makan beramai-ramai di sini.

Set makan untuk 2 orang  RM 60 ++ (Ada Ikan kerapu sweet sour, sayur kangkung belacan dan ayam goreng pedas serta bubur pulut hitam sebagai pencuci mulut)
Sesiapa yang berminat. boleh mencuba makanan di sini.


Yunus Halal Restaurant. No.36, Pei Ning RD, Taipei Tel:(02)2579-0528. Dibuka pada setiap hari dari jam 11.30pagi hingga 2.00 petang dan 5.30 petang hingga 9.30 malam





Jumpa kita di lain entry ok.







Assalamualaikum w.b.t

Isnin
Selasa
Rabu
Khamis
JUMAAT.

Hah! Sekejap jer waktu berlalu. Dah nak masuk hari Sabtu. Esok ke mana pula kami nak merayap. Macam semut pulak nak merayap rayap...:D

Baiklah..Hari ni baru nak update mengenai aktiviti kami sekeluarga pada hari Sabtu yang lepas. Sabtu lepas kami  berfotografi. haha. 1st time bersama-sama Salsabila. 

Cameraman oleh sahabat suami saya, Yuting, dari Taiwan. Paling bestnya, aktiviti berfotografi adalah FREE. PERCUMA. Kami menjadi bahan eksperimen si Yuting ni. hehehe. Lokasi fotografi adalah di sekitar Taipei Children Recreation Center dan Taipei Design Museum. 



Layankan saje gambar dibawah...




..
..
..

..
..
..











Ini adalah sebahagian daripada sesi 'Snap! Snap!' kami bertiga. Banyak sangat nanti tak larat pula hendak scrolling. :P


Ok ok, kita jumpa di lain entry. 


bye