Assalamualaikum w.b.t
Sabtu lepas, takde ape yang kitorang buat. Just jalan-jalan area Taipei 101. haarr...dalam banyak-banyak tempat yang menarik, yang ni memang wajib story. Mana tidaknya. Mercu tanda Taiwan. Taipei 101. Mercu tanda Malaysia, KLCC. =).
Kalau dari kediaman kami, dari MRT Taipei Main Station, boleh terus ke stesen MRT Taipei City Hall melalui Bannan Line. Perjalanan mengambil masa dalam 20 minit sahaja.
Ini dia bangunan yang gah bagi orang Taiwan. =)
Ini dia bangunan yang gah bagi orang Taiwan. =)
Taipei 101 |
Pada tahun 2004-2009, Taipei 101 pernah menjadi bangunan pencakar langit yang tertinggi di dunia. Pada tahun 2010, Burj Khalifah, Dubai pulak mengambil alih sebagai bangunan pencakar langit yang tertinggi di dunia sehinggalah ke hari ini.
Taipei 101 terdiri daripada 101 tingkat di atas tanah dan 5 tingkat bawah tanah. Sebelum ini ianya dikenali sebagai Pusat Kewangan Dunia Taipei, yang terletak di Xinyi District, Taipei, Taiwan. Selain tu, bangunan ni direka bentuk untuk menahan ribut taufan dan gempa bumi.
Menara ini telah berkhidmat sebagai ikon moden Taiwan. Sejak pembukaannya,ia pernah menerima Anugerah Skyscraper Trade pada tahun 2004. Senibina ini dicipta sebagai simbol evolusi teknologi dan tradisi dari Asia. Pendekatannya lebih kepada post modernist iaitu gaya yang menggabungkan elemen reka bentuk tradisional dan diberikan suntikan senibina yang lebih moden.
Kami juga sempat mengabadikan kenangan berhampiran dengan bangunan pencakar langit ini iaitu sewaktu musim winter tempoh hari. |
Di sekeliling bangunan Taipei 101 terdapat pusat membeli belah dan juga pusat komersial bagi bandar Taipei.
L O V E- Richard I'Anson Sculpture (kiri) dan figure's sculpture di luar Taipei 101.
|
Dance of Time oleh Salvador Dali (kiri) dan Giant Poster Taipei 101 |
Display kiosk sempena penutup bagi musim sejuk pada tahun 2012. |
Gambar yang di atas gambar event untuk Africa Fashion show dan Culture Exhibition. Gambar fashion show tak sempat nak snap. ramai sangat orang yang berkerumun kat pentas fesyen. |
Okey,jumpa di lain waktu dan ketika...
hola... cantik blog hang.. seronok hang jalan2 di taipei ekk.. jeles koi tgk hehehe.. ape2 pun, Take care dila & family.. ceria2 selalu...hehehhehe...
hahaha.lama tak updated blog. salsabila nk main laptop jugaa. blog sempoii jerr.dah takde header dah :P..jalan2 seronok la jugakkk.demo pong byk jalan apeeee...yer yer.tq tq. ceria n happy selalu hendaknya..amin =)
HAHHAHAH....salsabila yang comel... hehehe..
wehh ko try la daftar kat www.nuffnang.com.my
kawan koi cakap, sape yang ade blog, daftar kat situ..
pastu tarok iklan dia kat blog hang.. nnti dpt income..
koi baru try smlm..