Assalamualaikum w.b.t

Hari ini 4hb Mei 2012, genap 5 bulan usia Nur Salsabila. Sekejapnya masa berlalu. Pelbagai ragam dia sudah tonjolkan kepada kami. Semoga dia sentiasa sihat dan membesar dengan baik. InsyaAllah..

Entry kali ini adalah mengenai pengalaman Nur Salsabila menaiki kapal terbang. Sudah masuk 5 kali Salsabila berulang alik dari Kuala Lumpur ke Taipei. 

Pengalaman yang best sekiranya membawa anak kecil bersama menaiki kapal terbang ialah kita menjadi priority mereka. Tak kira lah semasa hendak boarding, semasa nak makan. hehehe. Silap-silap kalau ada ruang di business seat, kita yang duduk di economy seat boleh berpindah ke business seat. Tapi yang ni terpulang kepada cabin crew juga. Anak kecil juga mendapat .makanan seperti gerber serta bassinet. 

Pengalaman yang tak boleh dilupakan adalah semasa kami berdua sahaja tanpa daddy pulang ke Malaysia dan kembali ke Taipei. Yalah. Budak baru nak membesar. Dia pun sudah semakin lasak. Pengalaman yang sedikit sukar ialah semasa saya hendak makan. Sekiranya bersama daddy, kami boleh bergilir-gilir memegang Salsabila. Salsabila pula tidak mahu baring di dalam bassinet ketika itu. Terpaksalah saya memegang Salsabila sambil makanan saya di meja orang lain. Bayangkan lah.huhuhu. Mujurlah Taiwanese di sebelah saya memahami.huhu. 

Begitulah juga semasa saya hendak menukarkan diapers Salsabila. Selesai menukar diapers dan saya pula ingin ke washroom, saya meminta kerjasama stewardess untuk memegang Salsabila. Selesai dari menggunakan washroom, kelihatan Salsabila berada bersama steward pula.hehehe. Rupa-rupanya mereka sedang memujuk Salsabila supaya berhenti menangis hehehe. :P

Semasa kami pulang ke Malaysia Jumaat yang lalu, Salsabila baik-baik aje. Seperti biasa, dia cuma baring dalam bassinet kurang 5 minit dan berada di ribaan saya sepanjang hampir 5 jam di dalam kapal terbang. hohoho.  Selebihnya menonton movie dan mendengar lagu :P :D


                    

aksi Salsabila sewaktu menonton movie cars


dalam bassinet


Berbeza apabila kembali ke Taipei, dia hanya menghabiskan waktu dalam kapal terbang dengan tidur...zzzZZzzz  =))




Selepas ini, Salsabila akan menaiki kapal terbang pada hujung bulan 6 pula. InsyaAllah, masa itu kami akan terbang kembali ke tanahair. Salsabila pula sudah hampir berusia 7 bulan ketika itu. Semoga dia semakin bijak dan boleh membiasakan diri di awan biru.

Ok lah, jumpa dilain entry =))







0 Responses