Assalamualaikum w.b.t
'Mencegah lebih baik dari mengubati'
'Sediakan payung sebelum hujan'

Sewaktu pulang ke Malaysia, Salsabila sempat berjumpa dengan paed di KJMC, iaitu Dr Syed Nazir. Ini adalah untuk mendapat suntikan vaksin Pneumococal untuk yang ke 2 kalinya. Sebenarnya, vaksin ini adalah optional tetapi ianya sangat digalakkan untuk kanak-kanak. Sebelum mendapatkan vaksin tersebut, Dr Syed pernah menyuruh saya berbincang dengan suami kerana kos bagi vaksin tersebut adalah rm250-rm300. Untuk yang berkemampuan dan mementingkan kesihatan anak-anak, vaksin tersebut amatlah digalakkan.

Secara ringkas, penyakit Pneumococal adalah disebarkan melalui batuk dan bersin. Ianya biasa ditemui dalam pernafasan kanak-kanak.
Penyakit ini boleh menyerang bahagian-bahagian yang tertentu iaitu Meningitis ( jangkitan selaput otak dan saraf tunjang), Pneumonia (jangkitan paru-paru), Bakteremia (jangkitan dalam darah) dan otitis media ( jangkitan telinga tengah). Akibat dari serangan yang serius, ia boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian otak, hilang pendengaran serta yang terakhir adalah kematian.

Vaksin ini amatlah diperlukan bagi kanak-kanak yang berumur bawah 5 tahun, kanak-kanak yang tinggal di pusat jagaan serta yang mengidap penyakit yang kronik seperti kencing manis, jantung, paru-paru, buah pinggan serta hati.


Untuk keterangan lanjut, boleh layari link di bawah =)


Biasanya kami akan ke klinik pada waktu siang atau di sebelah pagi. Oleh kerana keadaan yang tidak mengizinkan, kami terpaksa menukar jadual temujanji di sebelah malam antara jam 7.30 malam hingga 9.00 malam. 

Rupa-rupanya ramai yang membuat temujanji pada sebelah malam. huhuhu. Salsabila pulak sangat excited berjumpa dengan abang dan kakak yang berada di sana ketika itu. Dia melompat-lompat, ketawa dan bermain dengan peralatan mainan di klinik. Daddy yang jadi mangsa melayan kerenah Salsabila.heheehee.:D

spot salsabila :D

vroom vroomm :P

yayyy!saya menang kikiki

gambar kurang memuaskan
Sedikit sedutan video Salsabila dengan kawan baru hehehe. Dah semakin cerdik dah dia. Peramah dan suka berkawan terutama dengan kanak-kanak seangkatan dengannya.=)



Saya mau lunch..ok, byeeee...






Labels: , | edit post
0 Responses