Assalamualaikum w.b.t


sushi!
sushi!
sushi!

takoyaki! takoyaki! takoyaki! (sedap!)

kali ini bukan nak cerita pasal sushi dengan takoyaki.
tapi makanan lain yang lagi sedap (halal) dari negara nippon/nihon/jepang atau Jepun.
Namun ianya boleh didapati di Taipei. Tidak perlu bersusah payah ke negara Jepun. 

Kedainya terletak berhampiran dengan stesen MRT fareastern. Tapi nak menapak dari stesen tersebut ke restoran ini lebih kurang 15 minit. Berpeluh juga dibuatnya. Jikalau musim winter masih ok, ini sudah masuk  musim spring. Bercinta juga kalau hendak ke sana. huhuhuhu.

Sebenarnya ianya bukanlah sebuah restoran yang besar, boleh la juga kalau nak panggil kedai kecik cinonet hehehe. Mana tidaknya. restoran atau kedai tersebut hanya boleh memuatkan 10 orang pelanggan dalam satu masa. First come, first serve. 




Suasana dalam kedai 
simple menu ditampal di dinding. Abaikan model dihadapan :P
harga menu. 
Seafood yang segar dari ladang.


Diantara menu yang disediakan adalah salmon smoke, unagi, raw seafood, seafood yang separa masak dan sebagainya.

Smoke salmon dengan nasi.! XD (RM12)


Seafood yang separa masak!woah!! sodap!! (RM15)



Unagi dengan nasi! ( RM12)


Disediakan bersama sup sayur
Minum bersama air teh kulit kayu manis

Even kedainya kecil, tetapi pelanggannya bukan main ramai. Mereka sanggup beratur panjang untuk menikmati hidangan yang sedap dan lazat hehe. Mujur kami datang awal,kalau tidak sama-sama beratur panjang la gamaknya. 










Kedai dibuka pada setiap hari Selasa hingga Sabtu dari jam 11.30 pagi hingga 2.00 petang sahaja. Manakala ditutup pada hari Ahad dan Isnin. 


Saya baru sekali menikmati makanan Jepun di sini. Merancang akan ke sana lagi tetapi bergantung kepada keadaan cuaca di Taipei. huhuhuhuu






Selamat menjamu mata. XD 


Byeeeee









2 Responses
  1. ceklala Says:

    sup sayur ni cam sama plak cam kt korea..cuma rase je la xtau sama ke x hehe


  2. Unknown Says:

    samaa jer kot hihi.tp yg lain x pasti sama ke x hihihi