Assalamualaikum wbt.

Hari ni sangat excited sebab esok kami sudah mahu pulang ke MALAYSIA hehehehe. Macam-macam boleh dilakukan bermula dari malam esok. hehe

Tapi yang paling malas hendak packing barang. Malam ni ada perkara lain yang hendak diselesaikan. Adui Mummy, jangan malas-malas.

Okeylah.

Dalam smartphone ni ada senarai yang perlu dilakukan semasa berada di Malaysia.  (amboooii! )

...


...


...
gambar dari mr google



Dalam 3 hingga 4 hari balik ni, rasanya ini perkara yang sempat dilakukan. Selebihnya, bersambung pada bulan 6 pula. 

Ok, mahu kemas barang. Jumpa di lain entry. Bye!




Labels: 0 komen | | edit post
Assalamualaikum w.b.t

Ahad lepas kami terasa hendak ke restoran  Ali Baba's Indian Kitchen . Jalan punya jalan, sampai tersesat. Kami mulakan perjalanan dengan menaiki MRT dari stesen MRT Main Station ke Yongshan station. Apabila sampai di Yongshan station, kami berjalan kaki. Jalan punya jalan, kami tidak jumpa destinasi restoran tersebut. Akhirnya, kami 'give up'! Pulang ke MRT main station terus ke Restoran Enjoy Kitchen.huhuhu. Sebenarnya kami tersalah stesen. Sepatutnya dari MRT Main Station ke  Jhongshan Station di Brown Line. hehehe.

Hari Isnin malam Selasa hubby sekali lagi mengajak kami pergi  ke restoran Ali Baba's Indian Kitchen. Kali ini dengan menaiki teksi. (kan senang hehehe). Akhirnya sampai juga di Restoran Ali Baba's Indian Kitchen. 

Sila nikmati foto di bawah =).

Set untuk 2 orang berharga RM110

Ayam tandoori (not bad)

Halal dari The Chinese Muslim Association
Rasa Halal Orient dari Astro Malaysia pernah sampai ke sini




Selepas ni kami bercadang hendak mencuba buffet di sini pula. Harga buffet rm49 seorang.

Okey lah. setakat ini sahaja. Nak bawa Salsabila pergi jalan-jalan ke Ximen sekejap. 




Assalamualaikum w.b.t



Hello Kitty Feverrr...!


Taipei dilanda demam Hello Kitty.


Tahun 2012 merupakan tahun bagi icon Hello Kitty. Segala benda nak Hello Kitty. Jam, casing Iphone, baju, kasut, perfume dan macam-macam semua Hello Kitty. Harga bukan murah, kebanyakannya mahal. Semua datang dari Jepun, bukan dari China. Original...

Saya pon terjebaklah juga.

Just nak kumpul bende alah ni aje. 


Trend 2012 , Uniqlo Taipei turut 'berkolaborasi'
dengan brand Hello Kitty.
(sorry, gambar kurang memuaskan.
Almaklumlah, gambar dari katalog Uniqlo)


Juga dari Uniqlo

Dua minggu lepas, kami ke Restoran Hello Kitty Sweets. Ianya berdekatan dengan Sogo Zhongxhiao Fuxing. Restoran ni memang sangaaat 'kawaaaaiii' hehe. Sesuai untuk pencinta Hello Kitty. =) 



 Interior di dalam Restoran Hello Kitty Sweets. Menarik dengan warna pink bertepatan dengan tema Hello Kitty itu sendiri. Restoran ini menggunakan 'lighting effect' yang bagus agar nampak lebih mewah dan ekslusif.
Logo Hello Kitty!





dengan waitress restoran












Antara minuman dan makanan di sini. Harga untuk 2 potong kek dan segelas air coklat serta secawan susu adalah rm70.  
















Memang sangaaaaat comel lah restoran serta menu yang disediakan. Harga sangat berpatutan. Jika sesiapa yang datang ke Taipei, jangan lupa singgah ke sini. Secara tak langsung, dapat merasai pengalaman yang baru.hehe


Setakat ini sahaja, jumpa lagi!


-















Assalamualaikum wbt.


Salsabila masih dibuai mimpi. Sebelum dia bangun, mari berblogging. Hari ni nak bercerita mengenai  'favourite restaurant' yang selalu kami terjah.


Enjoy Kitchen!




Tiada di Malaysia. Hanya di Taipei! =)
Burger yang terbaik dari bandar Taipei. Terletak berhampiran dengan stesen MRT Taipower Building, melalui Xindian Line. Memang jauh sedikit dari penginapan kami. 


Dibuka pada 

Selasa-Jumaat 17:30- 21:30
Sabtu- Ahad 10:00-21:30
Isnin-off-











Antara burger yang terbaik,




Enjoy Burger!

Chicken Leg Burger! Daging ayam yang di grill. Terbaik!

Buffalo wings! Sehingga menjilat jari.





Terdapat juga burger lain seperti Korean Burger, Japanese burger dan sebagainya. 


Oklah, setakat ini sahaja entry untuk kali ini. Selamat menikmati foto sahaja.
Mahu yang real, sila datang ke Taipei =))









Assalamualaikum w.b.t

Cuaca di Taipei tidak seperti yang diramalkan. Alhamdulillah, sinaran matahari memancarkan bumi Taipei. Harapan agar berkekalan sepanjang hari. 

Entry saya pada kali ini adalah berkenaan dengan nama; 

[NUR SALSABILA]


Kenapa saya dan hubby sepakat memberi nama si kecil kami dengan nama Nur Salsabila? Ini adalah kerana ianya mempunyai maksud yang sangat baik yang terdapat dalam Al-Quran Kalamullah. 'Nur' adalah cahaya manakala 'Salsabila' ialah mata air di syurga. 

Indahnya nama Salsabila ini adalah kerana ianya adalah mata air di syurga, yang bernama Salsabila yang akan diberikan kepada orang yang mendekatkan diri kepada Allah (muqarrabin), sedang para abrar (orang yang berbuat baik), maka Allah memberi mereka air yang diberi campuran kafur (air dingin yang baunya wangi) dan zanzabil (air halia yang segar dan wangi).




إِنَّ الْأَبْرَارَ يَشْرَبُونَ مِن كَأْسٍ كَانَ مِزَاجُهَا كَافُورًا
عَيْنًا يَشْرَبُ بِهَا عِبَادُ اللَّهِ يُفَجِّرُونَهَا تَفْجِيرًا 
"Sesungguhnya orang yang berbuat kebajikan minum dari gelas (berisi minuman) yang campurannya adalah air kafur iaitu mata air (dalam syurga) yang daripadanya hamba-hamba Allah minum, yang mereka dapat mengalirkannya dengan sebaik-baiknya."
(Surah Al-Insan : ayat 5 & 6)


وَيُسْقَوْنَ فِيهَا كَأْسًا كَانَ مِزَاجُهَا زَنجَبِيلًا
"Dan mereka dalam Syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari "Zanjabil","
(Surah Al-Insan : ayat 17)

عَيْنًا فِيهَا تُسَمَّىٰ سَلْسَبِيلً
"Iaitu sebuah mata air dalam Syurga, yang disebutkan sifatnya sebagai "Salsabil"."
(Surah Al-Insan : ayat 18)





"Sungai di syurga adalah sesuatu yang pasti, ia terus mengalir dan tidak pernah berhenti, terletak di bawah ghuraf (mahligai), istana-istana dan taman-taman penghuni syurga. Sungai-sungai tersebut berupa sungai madu, sungai khamar yang tidak memabukkan, sungai susu dan sungai air jernih yang tidak berubah rasanya. Sungai-sungai syurga memancar dari bahagian atas syurga, kemudian mengalir turun ke bawah menuju kesemua tingkatan-tingkatan syurga seperti tersebut di dalam hadis yang bermaksud ;
"Sesungguhnya Firdaus itulah tempat terbaik dan tertinggi darjatnya. Di atas Firdaus terdapat "Arasy Allah, dan dari situ mengalir sungai-sungai syurga."
(HR. Bukhari)

Oleh itu, sebagai ibu bapa, seharusnya kita memberikan nama-nama anak yang bakal menjadi pewaris agama, bangsa dan negara dengan nama-nama yang baik dan mulia. Semoga akhlaknya sebaik dengan nama yang diberi. Wallahualam...









Assalamualaikum wbt. 

Sunyi sepi dan tenang sahaja di kawasan 'i-Staytion Service Apartment'  ini. Tapi tidak di bawah sana. Setiap hari ratusan manusia mundar mandir ke sana ke mari mencari haluan masing-masing. Ini adalah kerana di bawah apartment kami terdapat MRT 'Main Station Taipei', 'Taiwan High Speed Rail', stesen bas Taipei, Q Square Mall dan Zhongshan Mall iaitu mall bawah tanah yang pertama di Taiwan. Bukan sahaja penduduk dari Taipei, malah mereka dari daerah lain seperti Taichung, Kaoshiong dan sebagainya datang ke sini atas urusan masing-masing. 

Salsabila pula sudah berlayar entah ke negara mana. Malaysia mungkin. Jadi apa salahnya mengambil kesempatan yang ada. Mencoretkan sepatah dua kata di sini. 

Tinggal lebih kurang seminggu lagi hendak berangkat pulang ke Malaysia. Perasaan kami sekeluarga sudah tidak sabar rasanya. Terutamanya 'daddy' yang sudah dua bulan tidak pulang. Walaupun baru sahaja hujung bulan lepas saya bersama anak pulang ke Malaysia, kerinduan kepada keluarga serta makanan di Malaysia menjadi keutamaan. Bagaimana agaknya kalau bertahun-tahun di perantauan. 'Salute' kepada mereka yang menuntut ilmu dan mencari rezeki di perantauan dan bertahun-tahun baru pulang ke tanahair. Rezeki Allah swt itu luas;  menuntut ilmu biarlah sejauh dan setinggi yang mungkin.     

Sebetulnya berada di sini merupakan suatu pengalaman yang amat menyeronokkan. Tambahan pula masyarakat di sini sangat 'friendly' membuatkan kami berasa seperti berada di tanahair. Makanan halal juga mudah didapati di sini. Cuma sedikit mahal kalau hendak dibandingkan dengan makanan di Malaysia. Bagi mereka di sini, harga tersebut sudah cukup murah berdasarkan ekonomi dan taraf hidup di Taipei.   


Antara restoran yang selalu kami kunjungi adalah restoran Mee Daging. Nama restoran tersebut saya tidak tahu cuma kami memanggil restoran mee daging setiap kali hendak makan ke sana.  Terdapat mee daging, dumpling, roti dan sebagainya boleh didapati di sini. Rasa mee tersebut sangat sedap ditambah pula dagingnya yang empuk. Terdapat pilihan mee, mee kasar atau mee halus. Biasanya saya akan memesan mee yang halus dan berkuah manakala 'daddy' pula memesan mee yang halus dan sedikit kering. Katanya bimbang muak kalau diisi kuah yang banyak. Harganya hanya TWD100 atau rm10 sahaja. Bagi saya, ianya sudah cukup murah kerana isinya banyak dan mengenyangkan. Begitu juga dengan dumpling, rasanya sedap dan asli buatan muslim dari Taipei. 





sayur dimakan bersama mee


Dumpling


roti



Saya dan Salsabila baru semalam menikmati mee daging di  restoran tersebut. Kami sudah berjanji dengan 'daddy' untuk berjumpa di stesen MRT Ximen dan terus ke sana. Stesen MRT Ximen cuma satu stesen dari stesen kami. 

Sejurus sampai di restoran tersebut, pemilik restoran sudah tahu apa yang kami mahukan. Al maklumlah, sepanjang berada di sini, kami antara muslim yang menjadi 'regular customer' bagi mee daging. Hari itu saya tidak membawa 'stroller', cuma menggunakan carrier untuk membawa Salsabila. Salsabila pula baru bangun tidur. Selepas bangun tidur, terus kami ke tempat yang hendak dituju. 

Sambil makan, daddy bertanya kepada saya, kenapa Salsabila berkelakuan kurang aktif petang itu. Rupa-rupanya perkara yang melucukan adalah dia boleh terlelap kembali dipangkuan saya. Patutlah dia kurang aktif, rupa-rupanya anak kesayangan kami dibuai mimpi di kedai mee. Salsabila, Salsabila...=)
...

...

...

Salsabila kesayangan kami

Selepas habis menikmati mee daging, kami ke Ximending untuk mengikut daddy mencari 'casing' yang sepadan dengan 'tripod' untuk 'smartphone' terbarunya. Hujan yang renyai mengiringi kami ke sekitar Ximending. Puas mencari, malangnya tidak jumpa apa yang dikehendaki, kami terus pulang ke destinasi i-Station apartment.

    

Assalamualaikum wbt.
Hari ini terasa 'bz' sedikit. Melayan kerenah si kecil Nur Salsabila yang baru  berusia 4 bulan, namun cukup membahagiakan.

Minggu lepas kami sekeluarga menghabiskan hujung minggu iaitu hari Sabtu dalam kawasan 'indoor' sahaja iaitu di sekitar MRT dan Miramar. Cuaca yang mendung serta hujan yang renyai; sedikit sukar bagi kami yang mempunyai anak kecil. Risau takut-takut Salsabila demam terkena air hujan. Al maklumlah, Paed Salsabila di Malaysia (KJMC); jika demam atau dia ditimpa sakit, susah juga bagi kami di sini. Bukan tidak percayakan doktor di sini, selagi kesihatan boleh dijaga, kita jaga.  

Okeylah. Apa yang membuatkan saya berasa teruja adalah terhadap 'public art' di Taipei terutamanya di stesen-stesen MRT terpilih iaitu di stesen MRT Nangang dan stesen MRT Zhongxiao Fuxing. Sedikit teruja dengan 'kecomelan' seni yang dihasilkan. Terasa berada  dalam dunia kanak-kanak pula. Bukan tidak pernah ke stesen ini, tetapi setiap kali sampai sahaja di stesen terutamanya di stesen MRT Zhongxiao Fuxing, 'daddy' akan mengajak kami SOGO yang mempunyai 16 tingkat untuk ber 'shopping'. ( Daddy juga yang disalahkan.. hehehe) Jangan tak percaya di sini ada SOGO 16 tingkat,hehehe. 

Sebagai anak seni, biar pun  'public art'  tidak termasuk dalam bidang saya, tetapi seni atau art memang sudah sebati dalam diri. Mata saya akan menjadi lebih sensitif terutamanya apabila terpandangkan benda-benda yang berkaitan seni. Dengan kata lain; 'i love art'. (cewah :D) 

Seperti yang sedia maklum, seni mural yang terbaru di stesen MRT Zhongxiao Fuxing merupakan pameran yang merupakan kerjasama antara Taipei Rapid Transit Corporation (TRTC), Cathay United Bank dan Museum of Contemporary Art (MOCA).

Apa yang cuba diketengahkan oleh artis ini adalah mengenai bandar di Taipei, Fantasy City dan Dream City. Terdapat unsur seni yang bersatu dalam penghasilan seni mural tersebut seperti lukisan, 'soft sculpture', '3D window' dan kesan pencahayaan yang menjadikan seni tersebut sungguh menakjubkan dan menarik minat kami. 


Fantasy City


Dream City ( Taipei 101 )


MRT dengan 3D window 











Ianya sebuah penghasilan seni yang berjaya apabila  'public art'  ini juga turut menarik minat kanak-kanak yang lalu lalang di sekitar stesen tersebut.  Secara tidak langsung, dengan adanya seni sebegini boleh menarik minat kanak-kanak untuk menceburi dan menghargai 'public art' bukan sekadar seni sebagai lukisan semata-mata tetapi seni sebagai salah satu media yang LUAR BIASA.  

Bagi stesen MRT Nangang pula,'public art' nya tidak kurang hebatnya. Dengan adanya karya dari illustrator Taiwan iaitu Jimmy Liao, Stesen Nangang yang dulunya sunyi sepi, jauh sedikit dari kota Taipei, sudah semakin dikenali ramai. Secara tidak langsung dapat menarik pelancong ke sana.


'Public art' yang dipamerkan di stesen tersebut adalah bersifat 'permanent'. Berbeza dengan mural di stesen MRT Zhongxiao Fuxing yang hanya dipamerkan untuk sementara dan lokasinya hanya di bahagian atas stesen. Seni mural di stesen MRT Nangang di pamerkan di bahagian luar kereta api, platform, pada kedua-dua belah eskelator dan di pintu masuk dan keluar.














Oklah. 
Kita jumpa di lain entry yang lebih menarik. =)