Assalamualaikum wbt. 

Sunyi sepi dan tenang sahaja di kawasan 'i-Staytion Service Apartment'  ini. Tapi tidak di bawah sana. Setiap hari ratusan manusia mundar mandir ke sana ke mari mencari haluan masing-masing. Ini adalah kerana di bawah apartment kami terdapat MRT 'Main Station Taipei', 'Taiwan High Speed Rail', stesen bas Taipei, Q Square Mall dan Zhongshan Mall iaitu mall bawah tanah yang pertama di Taiwan. Bukan sahaja penduduk dari Taipei, malah mereka dari daerah lain seperti Taichung, Kaoshiong dan sebagainya datang ke sini atas urusan masing-masing. 

Salsabila pula sudah berlayar entah ke negara mana. Malaysia mungkin. Jadi apa salahnya mengambil kesempatan yang ada. Mencoretkan sepatah dua kata di sini. 

Tinggal lebih kurang seminggu lagi hendak berangkat pulang ke Malaysia. Perasaan kami sekeluarga sudah tidak sabar rasanya. Terutamanya 'daddy' yang sudah dua bulan tidak pulang. Walaupun baru sahaja hujung bulan lepas saya bersama anak pulang ke Malaysia, kerinduan kepada keluarga serta makanan di Malaysia menjadi keutamaan. Bagaimana agaknya kalau bertahun-tahun di perantauan. 'Salute' kepada mereka yang menuntut ilmu dan mencari rezeki di perantauan dan bertahun-tahun baru pulang ke tanahair. Rezeki Allah swt itu luas;  menuntut ilmu biarlah sejauh dan setinggi yang mungkin.     

Sebetulnya berada di sini merupakan suatu pengalaman yang amat menyeronokkan. Tambahan pula masyarakat di sini sangat 'friendly' membuatkan kami berasa seperti berada di tanahair. Makanan halal juga mudah didapati di sini. Cuma sedikit mahal kalau hendak dibandingkan dengan makanan di Malaysia. Bagi mereka di sini, harga tersebut sudah cukup murah berdasarkan ekonomi dan taraf hidup di Taipei.   


Antara restoran yang selalu kami kunjungi adalah restoran Mee Daging. Nama restoran tersebut saya tidak tahu cuma kami memanggil restoran mee daging setiap kali hendak makan ke sana.  Terdapat mee daging, dumpling, roti dan sebagainya boleh didapati di sini. Rasa mee tersebut sangat sedap ditambah pula dagingnya yang empuk. Terdapat pilihan mee, mee kasar atau mee halus. Biasanya saya akan memesan mee yang halus dan berkuah manakala 'daddy' pula memesan mee yang halus dan sedikit kering. Katanya bimbang muak kalau diisi kuah yang banyak. Harganya hanya TWD100 atau rm10 sahaja. Bagi saya, ianya sudah cukup murah kerana isinya banyak dan mengenyangkan. Begitu juga dengan dumpling, rasanya sedap dan asli buatan muslim dari Taipei. 





sayur dimakan bersama mee


Dumpling


roti



Saya dan Salsabila baru semalam menikmati mee daging di  restoran tersebut. Kami sudah berjanji dengan 'daddy' untuk berjumpa di stesen MRT Ximen dan terus ke sana. Stesen MRT Ximen cuma satu stesen dari stesen kami. 

Sejurus sampai di restoran tersebut, pemilik restoran sudah tahu apa yang kami mahukan. Al maklumlah, sepanjang berada di sini, kami antara muslim yang menjadi 'regular customer' bagi mee daging. Hari itu saya tidak membawa 'stroller', cuma menggunakan carrier untuk membawa Salsabila. Salsabila pula baru bangun tidur. Selepas bangun tidur, terus kami ke tempat yang hendak dituju. 

Sambil makan, daddy bertanya kepada saya, kenapa Salsabila berkelakuan kurang aktif petang itu. Rupa-rupanya perkara yang melucukan adalah dia boleh terlelap kembali dipangkuan saya. Patutlah dia kurang aktif, rupa-rupanya anak kesayangan kami dibuai mimpi di kedai mee. Salsabila, Salsabila...=)
...

...

...

Salsabila kesayangan kami

Selepas habis menikmati mee daging, kami ke Ximending untuk mengikut daddy mencari 'casing' yang sepadan dengan 'tripod' untuk 'smartphone' terbarunya. Hujan yang renyai mengiringi kami ke sekitar Ximending. Puas mencari, malangnya tidak jumpa apa yang dikehendaki, kami terus pulang ke destinasi i-Station apartment.

    

3 Responses
  1. Sedapnyerrr.. Baik Salsabila...tak kaco mummy dia makan..tak macam mummy dia..dolu2..suka kaco org makan..kuang..kuang..kuang..


  2. Unknown Says:

    hahaha.tu zmn kanak-kanak.nakai la sket kikiki :D


  3. SweetHani82 Says:

    hehehe... sedapnye.... nak jugak.. nk jugak...
    pos la ke malaysia sikit... huhuhu