Assalamualaikum w.b.t
Ahad lepas kami terasa hendak ke restoran Ali Baba's Indian Kitchen . Jalan punya jalan, sampai tersesat. Kami mulakan perjalanan dengan menaiki MRT dari stesen MRT Main Station ke Yongshan station. Apabila sampai di Yongshan station, kami berjalan kaki. Jalan punya jalan, kami tidak jumpa destinasi restoran tersebut. Akhirnya, kami 'give up'! Pulang ke MRT main station terus ke Restoran Enjoy Kitchen.huhuhu. Sebenarnya kami tersalah stesen. Sepatutnya dari MRT Main Station ke Jhongshan Station di Brown Line. hehehe.
Hari Isnin malam Selasa hubby sekali lagi mengajak kami pergi ke restoran Ali Baba's Indian Kitchen. Kali ini dengan menaiki teksi. (kan senang hehehe). Akhirnya sampai juga di Restoran Ali Baba's Indian Kitchen.
Sila nikmati foto di bawah =).
Set untuk 2 orang berharga RM110 |
Ayam tandoori (not bad) |
Halal dari The Chinese Muslim Association |
Rasa Halal Orient dari Astro Malaysia pernah sampai ke sini |
Selepas ni kami bercadang hendak mencuba buffet di sini pula. Harga buffet rm49 seorang.
Okey lah. setakat ini sahaja. Nak bawa Salsabila pergi jalan-jalan ke Ximen sekejap.