Assalamualaikum w.b.t

Cuaca di Taipei tidak seperti yang diramalkan. Alhamdulillah, sinaran matahari memancarkan bumi Taipei. Harapan agar berkekalan sepanjang hari. 

Entry saya pada kali ini adalah berkenaan dengan nama; 

[NUR SALSABILA]


Kenapa saya dan hubby sepakat memberi nama si kecil kami dengan nama Nur Salsabila? Ini adalah kerana ianya mempunyai maksud yang sangat baik yang terdapat dalam Al-Quran Kalamullah. 'Nur' adalah cahaya manakala 'Salsabila' ialah mata air di syurga. 

Indahnya nama Salsabila ini adalah kerana ianya adalah mata air di syurga, yang bernama Salsabila yang akan diberikan kepada orang yang mendekatkan diri kepada Allah (muqarrabin), sedang para abrar (orang yang berbuat baik), maka Allah memberi mereka air yang diberi campuran kafur (air dingin yang baunya wangi) dan zanzabil (air halia yang segar dan wangi).




إِنَّ الْأَبْرَارَ يَشْرَبُونَ مِن كَأْسٍ كَانَ مِزَاجُهَا كَافُورًا
عَيْنًا يَشْرَبُ بِهَا عِبَادُ اللَّهِ يُفَجِّرُونَهَا تَفْجِيرًا 
"Sesungguhnya orang yang berbuat kebajikan minum dari gelas (berisi minuman) yang campurannya adalah air kafur iaitu mata air (dalam syurga) yang daripadanya hamba-hamba Allah minum, yang mereka dapat mengalirkannya dengan sebaik-baiknya."
(Surah Al-Insan : ayat 5 & 6)


وَيُسْقَوْنَ فِيهَا كَأْسًا كَانَ مِزَاجُهَا زَنجَبِيلًا
"Dan mereka dalam Syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari "Zanjabil","
(Surah Al-Insan : ayat 17)

عَيْنًا فِيهَا تُسَمَّىٰ سَلْسَبِيلً
"Iaitu sebuah mata air dalam Syurga, yang disebutkan sifatnya sebagai "Salsabil"."
(Surah Al-Insan : ayat 18)





"Sungai di syurga adalah sesuatu yang pasti, ia terus mengalir dan tidak pernah berhenti, terletak di bawah ghuraf (mahligai), istana-istana dan taman-taman penghuni syurga. Sungai-sungai tersebut berupa sungai madu, sungai khamar yang tidak memabukkan, sungai susu dan sungai air jernih yang tidak berubah rasanya. Sungai-sungai syurga memancar dari bahagian atas syurga, kemudian mengalir turun ke bawah menuju kesemua tingkatan-tingkatan syurga seperti tersebut di dalam hadis yang bermaksud ;
"Sesungguhnya Firdaus itulah tempat terbaik dan tertinggi darjatnya. Di atas Firdaus terdapat "Arasy Allah, dan dari situ mengalir sungai-sungai syurga."
(HR. Bukhari)

Oleh itu, sebagai ibu bapa, seharusnya kita memberikan nama-nama anak yang bakal menjadi pewaris agama, bangsa dan negara dengan nama-nama yang baik dan mulia. Semoga akhlaknya sebaik dengan nama yang diberi. Wallahualam...







0 Responses