Assalamualaikum w.b.t
Ketika saya sedang laju menaip ni, Salsabila sedang berbaring di atas riba saya. Dia memang tidak boleh berpisah dengan saya, bagaikan belangkas. Daddy selalu cakap, anak kurniaan Allah swt susah nak dapat. Kena hargai sebaik-baiknya. =).
Kali ini, entry berkenaan pengalaman saya semasa mengandung. Buat pengetahuan pembaca, saya sudah keguguran 2 kali sebelum mendapatkan permata hati kami, Nur Salsabila. Kali pertama selepas berkahwin, disahkan mengandung, memang sangat-sangaaaat teruja. Al maklumlah, belum pernah rasa apa itu nikmat mengandung dan terbayang-bayang bakal menimang cahaya mata. Bakal menjadi mummy kepada anak yang dikandung. Masa itu saya tidak kisah samaada anak adalah lelaki atau pun perempuan. Rasanya semasa disahkan mengandung, bayi yang saya kandung sempat membesar sehingga kurang dari 3 bulan.
Saya mendapatkan rawatan susulan dari Kelana Jaya Medical Center (KJMC) iaitu dari OG Dr Fatima Najla. Doktor mengesahkan kandungan saya tidak membesar. Maksudnya kandungan yang sepatutnya berusia 13 minggu masih berusia 9 minggu. Simptom-simptom yang ada pada orang yang hamil tidak ada pada saya contohnya seperti muntah-muntah/mabuk, pening, dan sebagainya. Cek punya cek denyutan jantung janin tiada dan akhirnya saya mengalami keguguran. Begitu juga untuk kali yang kedua, keadaan yang sama juga berlaku kepada saya. Apa kan daya, kami berdua redha. Rezeki Allah swt yang tentukan. Kami menjalani kehidupan seperti biasa.
Sampailah satu ketika, Februari 2011, masa itu sibuk menyiapkan 'kerja sekolah'. Al maklumlah,masih belajar. Saya berasa letih yang teramat sangat. Nak buat kerja pun malas. Period yang selalunya sudah datang, tak datang datang lagi. Tapi apakan daya, semua kerja nak kena submit dalam beberapa hari lagi. Pada malam itu, seingat saya, kami berdua hendak makan di Chicken Grill di Laman Grill di Shah Alam kalau tidak silap untuk meraikan hari ulangtahun perkahwinan ibu dan ayah mentua saya. Biasanya saya paling suka atau eksited kalau makan menu sebegitu. Malangnya tidak untuk malam itu. Makan pun tidak habis. Daging yang enak saya rasakan biasa sahaja. Sebenarnya saya lebih suka makan Beef Stick di Food Court di Bangsar berbanding di Laman Grill di Shah Alam. Walaupun interior design kedai tu nampak hebat, tetapi tidak se'class' di Bangsar. Itu pendapat peribadi saya lah.hehehe
Keesokkan harinya, saya membeli alat 'test pregnancy' di Guardian. Malangnya, ujian adalah negatif. Saya tidaklah kecewa cuma mahukan kepastian. Dalam fikiran mungkin tekanan ketika belajar. Itu sebab, sepatutnya 'ia' datang pada waktu yang sepatutnya tetapi tidak pula. saya lakukan aktiviti sebagai seorang pelajar seperti biasa. Hari demi hari keadaan semakin teruk. Malas, pening, mual semua ada dalam masa yang sama. Sebulan selepas itu saya membuat ujian air kencing lagi. SAH! memang SAH! POSITIF! Walaupun ianya dalam keadaan samar. Hendak tak hendak aje keputusan pada alat ujian itu menyatakan positif. 2 minggu kemudiannya, saya dan suami ke KJMC mengesahkan samada keputusan itu benar atau sebaliknya. Akhirnya doktor membuat imbasan atau scanning' saya disahkan mengandung..lMacam tidak percaya. Syukur Alhamdulillah. Cuma doktor menyarankan supaya saya datang ke kliniknya untuk membuat pemeriksaan susulan disebabkan sejarah dua kali keguguran yang saya alami.
3 bulan pertama memang sangat teruk. Pening, muntah yang terlalu kerap sehinggakan badan lesu tidak bermaya. huhhuhu. Tuhan saje yang tahu. Badan memang tak boleh nak buat ape dah. Asyik baring jer di dalam bilik dan kadang-kadang terasa bosan, beralih ke sofa untuk merehatkan diri. Makan memang tiada selera dengan tekak. Asyik nak muntah saje. Setakat usia kandungan 3 bulan, apa yang mampu adalah makan Mc Donalds. tsk tsk tsk...Setiap hari mcdonalds delivery mesti datang menghantar Mc Donalds. Itu pun saya cuma makan separuh sahaja burger dan selebihnya dihabiskan oleh encik hubby.kikiki. Mujurlah ketika itu sudah masuk cuti semester. Kalau tidak, memang teruklah..(ape pun tak boleh) :P Bau masakan dari jiran sebelah rumah pun memang tak boleh. Bau shower foam tak boleh, nak gosok gigi pon tak boleh. Bukan morning sickness, the wholeday sickness.. T_T Kerja-kerja membersih rumah, membasuh pakaian saya serahkan kepada suami. hehehe.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Morning sickness sudah berkurangan. Aktiviti semasa mengandung adalah travelling. Saya ke Vietnam sebanyak 2 kali dan Melbourne semasa mengandung. huhuhu. Risau juga takut ada apa-apa tetapi Alhamdulillah, semuanya baik-baik saje. Sebelum terbang ke Vietnam dan Melbourne, saya membuat check up terlebih dahulu. Doktor menyarankan sekiranya kandungan sudah 7 bulan dan keatas, seeloknya tidak menaiki kapal terbang. Bimbang takut-takut terjadi perkara yang tidak diingini.
Sehinggalah usia kandungan 8 bulan, morning sickness kembali lagi. Ingatkan dah habis. Baby dalam kandungan semakin hari semakin aktif. Tak tidur malam dibuatnya. Di saat akhir pula, saya makan sangat berselera. Doktor sarankan supaya kurangkan makan. Banyakkan aktiviti berjalan-jalan supaya mudah untuk bersalin. Tempat yang menjadi tumpuan untuk bersenam adalah di shopping mall. Mana lagi kalau bukan di Sunway pyramid, The Curve, Ou dan Subang Parade. Itu je yang paling seronok. Bersenam dengan hanya berjalan kaki.
Semakin dekat untuk bersalin, semakin tidak larat. Bersenam pun semakin malas. Makan semakin banyak. Sehinggalah detik- detik hendak bersalin, saya masih lagi menghadiri kenduri akikah sepupu suami di Sg Besar.
Malam sebelum ke hospital, seluruh badan rasa sakit-sakit. Tidur sekejap terjaga. Kaki tak payah cakap la, dah macam big foot dah. Muka semakin sembap. Pagi esoknya, saya bercadang dengan suami untuk ke Taman rekreasi Lembah Kiara untuk berjalan kaki. Malangnya, niat terpaksa dibatalkan kerana tanda-tanda untuk bersalin sudah ada. Saya bersiap-siap terus ke hospital. Sampai sahaja di hospital, Dr gynea, Dr Fatima Najla sudah ada di kliniknya. Dia membuat pemeriksaan dan mengatakan saya berkemungkinan lambat lagi bersalin. Dia menyuruh saya balik dahulu.
Kemudian kami pun terus ke The Curve untuk berjalan-jalan dan saya sempat menikmati ice cream di sana. Saya berasakan lain macam pada diri saya. Rupa-rupanya, air ketuban sudah pecah. Kami terus bergegas ke kjmc dan saya dimasukkan dalam wad. Atas sebab-sebab tertentu, saya tidak dapat bersalin secara normal dan memerlukan bersalin secara Cser. Tepat jam 9.46 malam, saya selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.54kg. Alhamdulillah, atas pemeriksaan rapi dari Paed Dr Syed Nazir, bayi saya sihat dan tidak mengalami demam kuning.
Begitulah pengalaman pertama menjadi seorang mummy. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Moga diberikan peluang sekali lagi untuk bersalin secara normal pula...InsyaAllah..
Keesokkan harinya, saya membeli alat 'test pregnancy' di Guardian. Malangnya, ujian adalah negatif. Saya tidaklah kecewa cuma mahukan kepastian. Dalam fikiran mungkin tekanan ketika belajar. Itu sebab, sepatutnya 'ia' datang pada waktu yang sepatutnya tetapi tidak pula. saya lakukan aktiviti sebagai seorang pelajar seperti biasa. Hari demi hari keadaan semakin teruk. Malas, pening, mual semua ada dalam masa yang sama. Sebulan selepas itu saya membuat ujian air kencing lagi. SAH! memang SAH! POSITIF! Walaupun ianya dalam keadaan samar. Hendak tak hendak aje keputusan pada alat ujian itu menyatakan positif. 2 minggu kemudiannya, saya dan suami ke KJMC mengesahkan samada keputusan itu benar atau sebaliknya. Akhirnya doktor membuat imbasan atau scanning' saya disahkan mengandung..lMacam tidak percaya. Syukur Alhamdulillah. Cuma doktor menyarankan supaya saya datang ke kliniknya untuk membuat pemeriksaan susulan disebabkan sejarah dua kali keguguran yang saya alami.
3 bulan pertama memang sangat teruk. Pening, muntah yang terlalu kerap sehinggakan badan lesu tidak bermaya. huhhuhu. Tuhan saje yang tahu. Badan memang tak boleh nak buat ape dah. Asyik baring jer di dalam bilik dan kadang-kadang terasa bosan, beralih ke sofa untuk merehatkan diri. Makan memang tiada selera dengan tekak. Asyik nak muntah saje. Setakat usia kandungan 3 bulan, apa yang mampu adalah makan Mc Donalds. tsk tsk tsk...Setiap hari mcdonalds delivery mesti datang menghantar Mc Donalds. Itu pun saya cuma makan separuh sahaja burger dan selebihnya dihabiskan oleh encik hubby.kikiki. Mujurlah ketika itu sudah masuk cuti semester. Kalau tidak, memang teruklah..(ape pun tak boleh) :P Bau masakan dari jiran sebelah rumah pun memang tak boleh. Bau shower foam tak boleh, nak gosok gigi pon tak boleh. Bukan morning sickness, the wholeday sickness.. T_T Kerja-kerja membersih rumah, membasuh pakaian saya serahkan kepada suami. hehehe.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Morning sickness sudah berkurangan. Aktiviti semasa mengandung adalah travelling. Saya ke Vietnam sebanyak 2 kali dan Melbourne semasa mengandung. huhuhu. Risau juga takut ada apa-apa tetapi Alhamdulillah, semuanya baik-baik saje. Sebelum terbang ke Vietnam dan Melbourne, saya membuat check up terlebih dahulu. Doktor menyarankan sekiranya kandungan sudah 7 bulan dan keatas, seeloknya tidak menaiki kapal terbang. Bimbang takut-takut terjadi perkara yang tidak diingini.
Usia kandungan 5 bulan. Perut tak nampak langsung..(Melbourne, Australia) |
Semakin dekat untuk bersalin, semakin tidak larat. Bersenam pun semakin malas. Makan semakin banyak. Sehinggalah detik- detik hendak bersalin, saya masih lagi menghadiri kenduri akikah sepupu suami di Sg Besar.
Malam sebelum ke hospital, seluruh badan rasa sakit-sakit. Tidur sekejap terjaga. Kaki tak payah cakap la, dah macam big foot dah. Muka semakin sembap. Pagi esoknya, saya bercadang dengan suami untuk ke Taman rekreasi Lembah Kiara untuk berjalan kaki. Malangnya, niat terpaksa dibatalkan kerana tanda-tanda untuk bersalin sudah ada. Saya bersiap-siap terus ke hospital. Sampai sahaja di hospital, Dr gynea, Dr Fatima Najla sudah ada di kliniknya. Dia membuat pemeriksaan dan mengatakan saya berkemungkinan lambat lagi bersalin. Dia menyuruh saya balik dahulu.
sempat menikmati ice cream di New Zealand Natural ice cream, The Curve sebelum malamnya bersalinkan Nur Salsabila |
Kemudian kami pun terus ke The Curve untuk berjalan-jalan dan saya sempat menikmati ice cream di sana. Saya berasakan lain macam pada diri saya. Rupa-rupanya, air ketuban sudah pecah. Kami terus bergegas ke kjmc dan saya dimasukkan dalam wad. Atas sebab-sebab tertentu, saya tidak dapat bersalin secara normal dan memerlukan bersalin secara Cser. Tepat jam 9.46 malam, saya selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.54kg. Alhamdulillah, atas pemeriksaan rapi dari Paed Dr Syed Nazir, bayi saya sihat dan tidak mengalami demam kuning.
Nama saya Nur Salsabila bt Abdul Rahman :D |